Sambutan Gawai Dayak Bahagian Miri pada 8 Mei

Sambutan Gawai Dayak Bahagian Miri pada 8 Mei nanti dijangka lebih meriah dengan persembahan pelbagai masyarakat Dayak dan Orang Ulu di sini.

Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi Rurum Kelabit Sarawak cawangan Miri, Dick Bala berkata, sambutan kali ini adalah yang ke sembilan diadakan mengabungkan kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

Tahun ini Orang Ulu diberi penghormatan untuk menganjurkan Gawai Dayak yang akan diadakan di Dewan Suarah Miri. Uniknya kali ini kita akan tampilkan kaum Saban yang terkenal dengan kehebatan bermain seruling buluh,” katanya.

Dick berkata demikian semasa sidang media sambutan Gawai Dayak peringkat bahagian Miri di Pejabat Residen Miri yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telang Usan, Lihan Jok dan Residen Miri Ganie Ugay.

Katanya, majlis itu nanti akan dimeriahkan dengan pertandingan Kumang/Keling dan Keligit/Belawan yang mana peringkat separuh akhir akan diadakan pada 2 Mei di Bintang Megamall.

Pertandingan ini terbuka kepada gadis-gadis Dayak dan Orang Ulu berusia 18 hingga 25 tahun, manakala lelaki berusia 18 hingga 39 tahun serta bujang.

Turut diadakan ialah kempen derma darah pada 1 Mei di Bintang Megamall mulai pukul 10 pagi hingga 1 petang. Keterangan lanjut sila hubungi Matthew Madai di talian 013 8377297

Manakala pada malam 8 Mei, disampaikan hadiah insentif kepada para pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM pada 2009. Ibu bapa dikehendaki menghantar salinan keputusan dan sijil lahir kepada Robin Udau dit talian 013 8363805.

Untuk tempahan tiket, warga Miri boleh menghubungi Kaunselor Dennis Ngau (0168725477), Kitty Janggot (085-435467) atau Caroline Siburat (0138398438).

Tagged as: , , , , ,

Leave a Response

Please note: comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.